Sukaneka murid-murid Prasekolah bagi tahun 2018 telah dijalankan pada hari Jumaat, 27 April 2018. Kesemua 50 murid berumur lima dan enam tahun telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang dipertandingkan. Latihan bermula pada penghujung bulan Mac. Murid dibahagikan kepada 5 buah kumpulan yang bercampur umur.
Ibu bapa murid telah dijemput untuk memeriahkan acara ini dan ia sangat membantu murid-murid kerana mereka lebih bersemangat untuk melepasi semua halangan yang mereka hadapi hingga ke penamat.
Sukaneka sebenar dijalankan di Dataran Cemerlang, bersebelahan dengan kawasan acara sukaneka murid-murid Tahap 1. Perarakan masuk murid bermula pada jam 8.00 pagi, sebelum ucapan perasmian oleh Guru Besar.
Bersedia di Laman Gemilang sebelum perarakan masuk. |
Murid-murid bersama guru dan guru praktikum. Maskot prasekolah pada tahun ini ialah Batman, sempena tema Superhero bagi Karnival Sukan Sekolah. |
Berarak masuk dan tabik hormat. |
Berhimpun bersama pasukan sukaneka Tahap 1 bagi kesemua rumah sukan. |
Senamrobik pimpinan guru-guru. |
Bersedia dalam kumpulan masing-masing. |
Sambutan ibu bapa sangat menggalakkan, melalui kehadiran ibu bapa yang ramai pada hari tersebut. Mereka telah memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak agar menghabiskan setiap acara dengan baik.
Ibu bapa yang menonton pertandingan terhibur dengan aksi adik Eryna yang tetap mencuba walaupun berbadan kecil berbanding kawan-kawan lain. |
Menunggu giliran. |
Susun cawan jadi menara! |
Botol siapa lebih banyak airnya? |
Selepas tamat semua acara, murid dan ibu bapa mereka telah diminta berkumpul di Laman Gemilang untuk penyampaian hadiah.
Duduk di dalam kumpulan sementara menunggu majlis penyampaian hadiah bermula. |
Hadiah disampaikan oleh Guru Besar. |
Murid-murid bergambar bersama sebahagian ibu bapa yang hadir. |
No comments:
Post a Comment