Program lawatan pada tahun ini telah dilaksanakan pada 15 Mei 2018 (Selasa). Pada asalnya lawatan ini dijadualkan pada 9 Mei 2018, namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, iaitu bertembung dengan tarikh pilihanraya umum ke-14, ia ditunda ke tarikh baru iaitu 15 Mei.
Kali ini, seramai 40 orang murid telah dibawa ke Taman Warisan Pertanian, Putrajaya dan Menara Kuala Lumpur. Lawatan ini bertujuan mendedahkan murid kepada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada pokok buah-buahan, bunga-bungaan dan juga pokok yang menghasilkan komoditi komersial seperti pokok getah dan kelaspa sawit.
Mendengar penerangan daripada jurupandu/staf Taman Warisan Pertanian. |
Mengenal bunga kenanga yang menghasilkan bau wangi. |
Murid mengenal nanas yang berbeza jenis (Nanas Serawak & Nanas Josephine) |
Buah gelugur yang boleh dikeringkan menjadi asam gelugur/asam keping. |
Pokok lada hitam |
No comments:
Post a Comment