Tuesday, 20 March 2018

Permohonan Kemasukan ke Prasekolah Tahun 2019



Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Prasekolah untuk tahun 2019 telah dibuka. Permohonan hendaklah diisi secara atas talian di laman web  https://eprasekolah.moe.gov.my  (boleh klik di sini / pautan di sebelah atas blog ini) bermula 1 Mac hingga 30 April 2018.

Permohonan dibuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur 5 dan 6 tahun pada 2019. Setelah mengisi permohonan dengan lengkap, borang tersebut mesti dicetak dan dihantar ke Prasekolah yang dimohon bersama-sama salinan dokumen seperti berikut;


  • - Sijil lahir / MyKid kanak-kanak
  • - Kad pengenalan ibu bapa
  • - Sijil nikah ibu bapa
  • - Bil utiliti (air / elektrik)
  • - Slip gaji ibu bapa  

****(bagi yang tiada slip gaji, sila buat pengesahan pendapatan dan sahkan dengan Ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Pengetua/ Pegawai Kerajaan Gred A)

Kesemua borang dan salinan dokumen mesti dihantar sebelum 31 Mei 2018.

Keputusan boleh disemak di laman web yang sama bermula 5 Ogos 2018.



No comments:

Post a Comment