Tuesday, 20 March 2018

Kursus Pengurusan & Kurikulum Prasekolah 2018


     Guru-guru Prasekolah Permata SK Seksyen 27 (2) telah dipanggil untuk menyertai Kursus Pengurusan & Kurikulum Prasekolah anjuran PPD Petaling Perdana dan Jabatan Pendidikan Selangor pada 6 & 7 Mac 2018 di SK Setia Alam.

      Banyak maklumat telah dikongsikan oleh Jurulatih Utama (JU) Prasekolah Kebangsaan iaitu Cikgu Siti Zuhana berkenaan pengurusan kurikulum yang meliputi penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan & Harian, penyediaan Jadual Waktu Kelas & Persendirian, serta penggunaan bahasa penyampaian dalam proses pengajaran.

     



Seterusnya guru-guru didedahkan dengan maklumat terkini mengenai pengurusan hal-hal lain dalam prasekolah seperti kemasukan murid, pengurusan PPM, kewangan, aktiviti luar, menu murid dan sebagainya oleh En. Mohd Irwan Md Yusi yang bertugas di Unit Prasekolah JPS.



Perkongsian yang diadakan ini telah memberi banyak maklumat berguna buat guru-guru untuk terus melakukan yang terbaik untuk anak-anak prasekolah. Terima kasih kepada pihak PPD dan JPS!

No comments:

Post a Comment