Friday, 25 May 2018

Lawatan Prasekolah 2018 Ep. 1



Program lawatan pada tahun ini telah dilaksanakan pada 15 Mei 2018 (Selasa). Pada asalnya lawatan ini dijadualkan pada 9 Mei 2018, namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, iaitu bertembung dengan tarikh pilihanraya umum ke-14, ia ditunda ke tarikh baru iaitu 15 Mei.

Kali ini, seramai 40 orang murid telah dibawa ke Taman Warisan Pertanian, Putrajaya dan Menara Kuala Lumpur.  Lawatan ini bertujuan mendedahkan murid kepada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada pokok buah-buahan, bunga-bungaan dan juga pokok yang menghasilkan komoditi komersial seperti pokok getah dan kelaspa sawit.

Mendengar penerangan daripada jurupandu/staf Taman Warisan Pertanian.

Mengenal bunga kenanga yang menghasilkan bau wangi.

Murid mengenal nanas yang berbeza jenis (Nanas Serawak & Nanas Josephine)

Buah gelugur yang boleh dikeringkan menjadi asam gelugur/asam keping.

Pokok lada hitam

Terima Kasih Cikgu!




       18 Mei 2018 ialah hari terakhir guru-guru praktikum menjalani latihan mengajar di Prasekolah Permata. Kami mengucapkan terima kasih kepada keempat-empat guru ini atas usaha yang banyak diberikan sepanjang mereka mengikuti latihan di sekolah ini.

         Semoga terus berjaya di masa akan datang, dan tidak akan pernah jemu untuk menimba ilmu.

                                                            Terima kasih, Cikgu!

Empat orang guru praktikum bergambar kenangan selepas sesi dialog prestasi praktikum bersama Guru Besar dan barisan pentadbir sekolah, serta guru pembimbing.

Monday, 21 May 2018

Sukaneka Prasekolah Tahun 2018



      Sukaneka murid-murid Prasekolah bagi tahun 2018 telah dijalankan pada hari Jumaat, 27 April 2018. Kesemua 50 murid berumur lima dan enam tahun telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang dipertandingkan. Latihan bermula pada penghujung bulan Mac. Murid dibahagikan kepada 5 buah kumpulan yang bercampur umur.

      Ibu bapa murid telah dijemput untuk memeriahkan acara ini dan ia sangat membantu murid-murid kerana mereka lebih bersemangat untuk melepasi semua halangan yang mereka hadapi hingga ke penamat.

      Sukaneka sebenar dijalankan di Dataran Cemerlang, bersebelahan dengan kawasan acara sukaneka murid-murid Tahap 1. Perarakan masuk murid bermula pada jam 8.00 pagi, sebelum ucapan perasmian oleh Guru Besar.

Bersedia di Laman Gemilang sebelum perarakan masuk.

Murid-murid bersama guru dan guru praktikum. Maskot prasekolah pada tahun ini ialah Batman, sempena tema Superhero bagi Karnival Sukan Sekolah.



Berarak masuk dan tabik hormat.




Berhimpun bersama pasukan sukaneka Tahap 1 bagi kesemua rumah sukan.



       Selepas selesai ucapan perasmian, murid-murid memanaskan badan melalui senamrobik yang dipimpin oleh guru-guru di atas pentas dataran. Sebaik tamat senamrobik, murid mengambil tempat sepertimana dalam latihan dan juga membantu guru menyusun peralatan permainan.

Senamrobik pimpinan guru-guru.

Bersedia dalam kumpulan masing-masing.







       Sambutan ibu bapa sangat menggalakkan, melalui kehadiran ibu bapa yang ramai pada hari tersebut. Mereka telah memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak agar menghabiskan setiap acara dengan baik.




Ibu bapa yang menonton pertandingan terhibur dengan aksi adik Eryna yang tetap mencuba walaupun berbadan kecil berbanding kawan-kawan lain.

Menunggu giliran.


Susun cawan jadi menara!





Botol siapa lebih banyak airnya?






Selepas tamat semua acara, murid dan ibu bapa mereka telah diminta berkumpul di Laman Gemilang untuk penyampaian hadiah.


Duduk di dalam kumpulan sementara menunggu majlis penyampaian hadiah bermula.


Hadiah disampaikan oleh Guru Besar.

Murid-murid bergambar bersama sebahagian ibu bapa yang hadir.





Projek Keceriaan Bersama Guru Praktikum



Kami menerima empat orang guru praktikum dari Universiti Selangor (UNISEL) pada tahun ini. Ini merupakan tahun ketiga prasekolah ini dipilih untuk penempatan pelatih guru daripada universiti tersebut.

Guru-guru ini telah melapor diri pada bulan Februari dan menamatkan latihan mengajar pada pertengahan bulan Mei.

Selain membantu guru-guru dalam sesi pengajaran, mereka juga dilibatkan dalam pelbagai aktiviti sekolah dan tentunya mereka juga banyak membantu aktiviti murid-murid prasekolah.

Projek keceriaan ini adalah salah satu sumbangan mereka untuk murid-murid. Mereka membaik pulih bahagian-bahagian bercat yang sudah luntur, selain menghasilkan satu mural sebagai kenangan buat murid-murid prasekolah.








Saturday, 14 April 2018

Latihan Sukaneka Prasekolah Tahun 2018



        Latihan Sukaneka untuk tahun ini telah dimulakan secara intensif pada minggu ini. Sukaneka sebenar akan dijalankan pada 27 April 2018 nanti.
         
         Pada tahun ini, permainan dibahagikan mengikut umur murid. Murid-murid berumur 5 tahun akan memulakan sukaneka terlebih dahulu dalam tiga kumpulan. Selepas tamat acara permainan untuk mereka, barulah murid-murid 6 tahun akan bersukaneka.

         Gambar-gambar ini diambil semasa latihan sepanjang minggu ini di taman permainan prasekolah. Mulai minggu depan, mereka akan berlatih di Dataran Cemerlang untuk membiasakan murid-murid sebelum sukaneka sebenar nanti.









                                                                            .....


         Ibu bapa dijemput hadir untuk memberi sokongan padu kepada murid-murid semasa Hari Sukaneka Prasekolah pada 27 April nanti.

                                                                        Jumpa di sana!



Thursday, 29 March 2018

Futsal & Mini Netball Tryouts

     Yesterday, two of our pupils have undergone a tryout in Gelanggang MPC, SMK Seksyen 11. This event was held to select pupils to form a team for mini netball as well as futsal.

      The selected pupils will be playing for our PPD at the state-level competition in Kajang on May 15th this year.

       This tryout was the first hurdle the children had to face. We sent a boy and a girl for each tryout; Ashreil Mikhail for futsal, and Azwa Safrina for netball. 

We are happy to announce that both of them had successfully passed the tryouts!

Mikhail and Azwa will have to pass the second tryouts, in two weeks from now to be able to play for our district. For the time being, both of them will train and keep honing their skills in preparation for the second tryouts. 

Briefing by Cikgu Zaidin.

The girls who made it to the second tryouts. The one with the arrow pointed at her is Azwa.

The boys. Mikhail is in the middle, making the peace sign.

Mikhail as the goalkeeper.

Azwa showing her ball catching and throwing skills.
....

Hopefully Azwa and Mikhail will pass the second tryouts and make it into the team!


..