Sukaneka tahunan Prasekolah Permata SK Seksyen 27(2) telah diadakan pada hari Jumaat yang hening bertarikh 21 April 2017.
Acara melibatkan semua murid yang dibahagikan kepada lima kumpulan. Latihan telah mengambil masa lebih kurang tiga minggu, dan semasa latihan juga pentaksiran ke atas murid dijalankan, dari segi penguasaan psikomotor kasar dan keupayaan murid untuk membuat pelbagai jenis pergerakan.
Kehadiran guru-guru pelatih seramai empat orang dari Universiti Selangor (UNISEL) sangat membantu mempersiapkan murid untuk sukaneka tahun ini.
Perbarisan masuk murid Prasekolah diikuti oleh murid-murid Tahap 1 menjadi permulaan untuk Sukaneka 2017.
|
Dafi mengetuai perbarisan sebagai pembawa bendera.
|
|
Lintas hormat di hadapan pentas VIP. |
Hujan pada awal pagi berhenti tepat masanya untuk memberi peluang kepada murid-murid bersukan pada hari tersebut. Perbarisan dari Laman Gemilang ke tapak sukaneka iaitu Dataran Cemerlang berjalan lancar dan semua murid dapat mengikutinya dengan baik. Murid-murid kemudiannya menyanyikan lagu Negaraku dan mengaminkan doa yang dibacakan oleh Ustaz Mohd Safawi. Selesai doa, ucapan alu-aluan oleh Guru Besar disampaikan, seterusnya ucapan perasmian oleh Naib Yang Dipertua PIBG.
Selepas selesai kesemuanya. baharulah sukaneka bermula dengan rasmi.
|
Tarik bola menggunakan gelung. |
|
Kemudian bina menara menggunakan cawan. |
|
Berpatah balik ke kumpulan masing-masing. |
|
Murid yang menjadi peserta akhir dalam setiap kumpulan dipakaikan 'bib' |
|
Berjalan dengan membawa pundi kacang di atas kepala. |
|
Letakkan pundi kacang dan ambil bola pingpong untuk dibawa di dalam sudu. |
|
Lompat kepit bola. |
|
Picit keluar air dari span ke dalam botol. |
Kesemua tiga acara berjalan seperti yang dirancang dan murid-murid mempamerkan kesungguhan untuk melakukan setiap halangan. Kerjasama antara murid juga sangat mengagumkan, tambahan pula kehadiran ibu bapa murid menambah semangat mereka untuk mencuba sehabis baik.
Penyampaian hadiah kepada pemenang setiap acara dibuat sebaik tamat sukaneka. Majlis disempurnakan oleh Guru Besar dan barisan pentadbir sekolah. Untuk ibu bapa, prasekolah mengadakan cabutan bertuah bagi menggantikan acara sukaneka ibu bapa berikutan masa yang terhad pada hari tersebut.
|
Guru Besar menyampaikan hadiah. |
|
Pemenang cabutan bertuah untuk ibu bapa. |
Tahniah kepada semua murid kerana berani mengasah kemampuan diri untuk menjadi yang terbaik dalam sukaneka tahun ini. Tidak dilupa kepada semua ibu bapa yang sanggup meluangkan masa demi anak-anak dan sokongan ibu bapa sangat kami hargai.
|
Salam sayang dari kami warga prasekolah untuk semua. Tahun depan kita berusaha lagi dalam sukaneka akan datang!
.... |
No comments:
Post a Comment